Pengenalan




Jabatan Pembangunan Profesionalisme (JPPro) yang dahulunya dikenali sebagai Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan (ULPL) bertanggungjawab merancang, mengelola dan melaksanakan latihan bagi staf akademik dan bukan akademik di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), demi memastikan pembangunan kompetensi, kecemerlangan dan pembelajaran berterusan staf dapat dipertingkatkan dengan lebih berkesan dan memenuhi standard.

Selain daripada itu, JPPro juga menjadi penyelaras bagi pelaksanaan aktiviti Program Pembelajaran Sepanjang Hayat yang terdiri daripada Kursus Secara Sambilan, Kursus Pendek dan Kursus Terlanggan.


Pembelajaran sepanjang hayat (PSH) membolehkan warga Malaysia mendapat ilmu dan kemahiran bersesuaian dengan model ekonomi berpendapatan tinggi. PSH mampu menggembeleng potensi individu yang masih belum berada dalam pasaran kerja menerusi pelbagai peluang meningkatkan kemahiran. PSH juga boleh memupuk minat dan menyemai bakat untuk kehidupan yang lebih bermakna. Menerusi PSH, pendidikan tidak hanya terhad kepada usia muda, tetapi perlu dilanjutkan sepanjang hayat.



Sila layari www.psa.edu.my untuk maklumat lanjut.

No comments:

Post a Comment